Panas !!! “Saya masih Menteri Besar yang sah”, jawab Samsuri ulas spekulasi yang timbul

“Saya masih menteri besar yang sah,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam nada berseloroh.

Ahmad Samsuri berkata demikian ketika mengulas spekulasi yang mengatakan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang kononnya tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar (MB).

Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul isu mengenai pertukaran MB dan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Kalau pasal itu, saya bangun (pagi masih) MB lagi walaupun ada gambar 10 (individu) jadi MB, bertukar setiap jam.

“Setakat ini, masih MB yang sah (dan) tak timbul lagi apa-apa isu, biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan wujudnya perpecahan dalam PAS Terengganu, Ahmad Samsuri mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan fitnah.

“Saya pun hairan, orang tak ingat api neraka dan dia buat fitnah.

“Jadi, saya nak seru orang ramai, ingat sikit sebab buat fitnah itu api neraka ada dan kita ini hidup lama (akan) mati juga,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah pada Selasa lalu.

Antara dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu adalah MB Terengganu kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan MB.

Satu borang “surat akuan berkanun” sudah disediakan untuk membolehkan Adun Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai menteri besar.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/716066/saya-masih-menteri-besar-yang-sah-ahmad-samsuri

COMMENTS

Wordpress (0)