Saya lebih rela ke mahkamah dari masuk PN – Syed Saddiq

Saya lebih rela ke mahkamah dari masuk PN – Syed Saddiq

Saya lebih rela ke mahkamah dari masuk PN . Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mengesahkan dia akan dihadapkan ke mahkamah esok namun menegaskan dirinya rela menghadapi dugaan itu daripada menyertai Perikatan Nasional.

“Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional. Jumpa di Mahkamah KL esok 8 pagi dan secara langsung di Facebook, Instagram 8 malam untuk pendedahan saya,” katanya di Twitter.

Bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula (ugutan sama dibuat).

mahkamah

“Berani kerana benar… Ketika keadaan seperti inilah yang menjadi peringatan mengapa saya menyertai politik,” kata beliau.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mengesahkan dia akan dihadapkan ke mahkamah esok namun menegaskan dirinya rela menghadapi dugaan itu daripada menyertai Perikatan Nasional.

Kenyataan Syed Saddiq itu menyusul laporan bahawa seorang bekas menteri akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung penyelewengan lebih RM1 juta milik sebuah parti politik.

Menurut sumber, siasatan ke atas Ahli Parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi beliau dan ibu bapanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/saya-rela-masuk-mahkamah-dari-masuk-pn-kata-syed-saddiq/

Jika Terlepas: Banjir paras dada dalam tren, penumpang terpaksa harung air