Panas !!! Satu lagi projek penambakan laut, kali ini di Terengganu

Satu lagi projek penambakan laut, kali ini di Terengganu.Kita harus merasa risau, ya risau.

Kerana nampak gayanya kerajaan negeri Terengganu masih tidak serik lagi dengan kesan buruk akibat daripada projek penambakan pantai / laut kepada kehidupan rakyat dan juga alam sekitar.
Pembangunan tidak mampan sebegini akan mengganggu hidrodinamik ombak di pantai dan ditambah dengan kejadian monsun Timur Laut telah menyebabkan hakisan pantai yang merosakkan landskap bumi Terengganu saban tahun.

Fenomena Luruan Monsun yang menyebabkan air pasang besar dan ombak ganas setinggi hampir empat meter telah menghakis tanah sepanjang 244 kilometer (km) pesisir pantai Terengganu sedikit demi sedikit sejak puluhan tahun lalu.

Isu hakisan pantai bukan baharu dan telah membelenggu pesisir pantai negeri Pantai Timur berkenaan sejak tahun 1970-an.

Sebanyak 30 kawasan pantai di negeri berkenaan dikesan terjejas antaranya Pantai Teluk Lipat dan Teluk Gadong, Dungun; Pantai Rhu Rendang, Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang dan Pantai Maras dan Tok Jembal, Kuala Nerus.

penambakan

Di mana-mana sahaja kawasan pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai lautan terbuka di Pantai Timur amat lah kurang sesuai untuk dilakukan penambakan laut dan pantai kerana semua perairan kita sangat kaya dan keadaan pantai kita sangatlah sensitif dengan perubahan guna tanah. Yang lagi penting terdapat banyak lagi komuniti khusus nya komuniti nelayan yang memerlukan kawasan berpantai untuk mencari hasil lautan dan juga menyokong sistem pemakanan laut kita.

Nelayan Persisiran pantai akan terus mengadu apabila kawasan pencarian ikan dan kawasan sekitarnya terjejas akibat daripada penambakan pantai. Selain itu pelbagai pencemaran sampingan akan berlaku.

Sering kali kita melihat alasan kononnya demi ekonomi rakyat sering dilacur & dijual untuk menghalalkan projek-projek yang memusnahkan alam ini. Walhal, pada akhirnya rakyat tempatan khususnya komuniti akar umbi juga yang rugi akibat kehilangan sumber warisan & tradisional mereka.

Kita bukan anti pembangunan, sebaliknya pembangunan yang dilakukan di negara ini perlulah menitikberatkan soal masa depan komuniti, alam sekitar dan perlu selari dengan rancangan fizikal pembangunan negara yang mana menekankan pembangunan tertentu hanya sesuai dibuat di zon / kawasan yang tertentu, bukan di zon / kawasan yang sensitif.

Soalan kita, sudah tidak cukup tanah kah di negeri Terengganu sehingga terpaksa menambak kawasan laut?

Sumber:

BACA: Ahmad Maslan diminta lupakan hasrat tanding Timbalan Speaker, kata pemimpin Umno