Panas !!! Satu daerah Raub kena PKPD kerana majlis hiburan ‘Datuk Seri’ ini

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki bergelar Datuk Seri antara individu yang dimasukkan dalam tiga laporan polis kerana didakwa menganjurkan majlis sosial hiburan sehingga menyebabkan penularan pandemik Covid-19 di daerah ini.

Laporan itu dibuat Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Raub, Datuk Mohd. Fakrunizam Ibrahim; Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Raub, Rosdi Ali dan seorang peniaga kecil.

Mohd. Fakrunizam berkata, pihaknya meminta polis mengambil tindakan terhadap individu yang menganjurkan majlis hiburan dan mereka yang bertanggungjawab memberi kebenaran aktiviti sosial hiburan ketika penularan pandemik Covid-19.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Katanya, peningkatan kes Covid-19 menyebabkan seluruh daerah itu kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga membebankan peniaga kecil khususnya di bazar Ramadan yang tidak dapat berniaga.

“Penularan ‘Kluster Datuk Seri’ ini isunya sama dengan Kluster Sivagangga. Mengapa semasa dalam keadaan darurat Covid-19 dan bulan Ramadan pusat hiburan dibuka dengan aktiviti persundalan dan maksiat.

“Jadi kita mahukan tindakan dikenakan terhadap Datuk Seri terbabit dan turut siasat siapa yang membenarkan pusat hiburan seperti itu dibuka,” katanya di sini hari ini.

Seluruh daerah Raub dikenakan PKPD bermula 30 April hingga 13 Mei manakala enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Kluster Raub Jaya yang berpunca daripada aktiviti sosial.

Mohd. Fakrunizam berkata, pihaknya juga menuntut ganti rugi diberikan kepada peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan ditetapkan.

Sementara itu, Rosdi berkata, pelaksanaan PKPD di daerah itu memberi kesan besar kepada peniaga yang kehilangan sumber pendapatan selepas bazar Ramadan terpaksa ditutup.

Beliau berkata, akibat pelaksanaan PKPD itu turut menyebabkan ramai peniaga mengalami kerugian yang besar sehingga membebankan mereka dalam mencari pendapatan untuk menyara keluarga.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/laporan-polis-terhadap-datuk-seri-majlis-sosial-hiburan-cetus-pandemik/