Panas !!! Sabah pula bergolak? Ini penjelasan Bung Moktar

Sabah pula bergolak? Ini penjelasan Bung Moktar.PEJABAT Timbalan Ketua Menteri Sabah menafikan Datuk Seri Bung Moktar Radin ada mengeluarkan kenyataan telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang tular di media sosial.

Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri, Jaafar Abd Wahid berkata Bung Moktar selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah tidak pernah berbuat demikian.

Katanya, kenyataan yang tular sejak petang tadi disunting individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka.

Sabah

“Kenyataan itu palsu. Perbuatan menyunting kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita yang tular di media sosial itu,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Berita Penuh :https://malaysiapost.com.my/2021/10/04/pejabat-bung-moktar-nafi-keluar-kenyataan-hilang-kepercayaan-terhadap-km-sabah/

BACA: 141 hotel tutup operasi kerana Covid-19 – Menteri

COMMENTS

Wordpress (0)