Panas !!! Rizab LGM ada RM1.6 Bilion, apa logik mahu jual tanah? Soal NGO kepada Menteri

Mari kita sentuh mengenai salah satu surat yang kami kongsikan pada 27 Mei lalu. Sebelum itu perlu diingat bahawa Lembaga Getah Malaysia tidak menafikan surat-surat itu tulen.

Malah pegawai YB Menteri yang membuat laporan polis mengenai pendedahan ini juga dipetik portal berita, marah bagaimana surat sulit boleh dikongsikan.

Oleh kerana pengesahan pegawai YB Menteri surat itu tidak patut didedahkan kerana sulit, kita boleh tanpa prasangka lagi percaya surat-surat itu tulen. Dan atas asas ini kami ingin mempersoalkan surat dari Menteri bertarikh 5 Januari 2021 yang kami kongsikan sekali lagi dengan anda semua dalam gambar.

Surat ini dengan jelas dan nyata memberi arahan supaya moratorium ke atas semua hartanah LGM dibatalkan dan lot tanah LGM yang bersesuaian dicadang dijual bagi menampung kos operasi LGM. Menteri juga telah meminta perkara ini diputuskan oleh Lembaga Pengarah LGM dengan segera.

Berdasarkan laporan kewangan untuk tahun 2018 LGM mempunyai simpanan tetap sebanyak RM1.6 billion. Berdasarkan rekod-rekod yang sedia ada, LGM menerima geran bantuan untuk operasi setiap tahun. Jadi kami ada beberapa pertanyaan.

1 – Adakah LGM berada di dalam satu kedudukan di mana kewangan LGM begitu teruk sehingga perlu dijual tanah milik LGM untuk membiayai kos operasi LGM? Jika tidak, apakah asas yang digunakan oleh YB Menteri untuk mengeluarkan arahan tanah milik LGM dijual?

2 – Apa keperluan mendesak keputusan dibuat secepat mungkin? Sekali lagi adakah LGM tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk meneruskan operasi?

3 – Apakah keputusan oleh Lembaga Pengarah LGM yang telah dimaklumkan kepada YB Menteri? Adakah senarai tanah yang dicadangkan untuk dijual telah diputuskan?

4- Jika senarai tanah yang dicadangkan untuk dijual telah diputuskan, adakah LGM telah menerima tawaran? Berapa banyak dari tawaran ini dipanjangkan dari pejabat YB Menteri seperti surat yang bertarikh 11 Mac 2021? Surat itu telah memanjangkan tawaran tidak masuk akal dari Eurowhite Sdn. Bhd dengan arahan oleh YB Menteri untuk perhatian dan tindakan Ketua Pengarah LGM. Dan jika ada tawaran yang lain dipanjangkan oleh YB Menteri adakah semuanya menawarkan harga tidak masuk akal?

Kegusaran kami mengenai isu LGM ini nampaknya mempunyai asas sangat kukuh. Tuduhan yang kami menabur fitnah adalah dangkal. Sebagai NGO yang menjadi suara rakyat sejak zaman PH adalah menjadi tanggungjawab kami mempersoalkan apa yang tidak betul. Apatah lagi bila ianya melibatkan kepentingan rakyat.

Bukan sahaja tidak menjawab semua soalan yang kami ajukan, YB Menteri mengambil jalan mudah dengan menuduh kami menabur fitnah. Adakah YB Menteri takut untuk memberikan jawapan?
Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064

Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759

Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159

Gambar satu surat bertarikh 5 Januari 2021, gambar dua dan tiga petikan dari laporan tahunan LGM bagi tahun 2018.

No photo description available.

Sumber: