Puad dakwa Annuar ‘dalang’ bocorkan video mesyuarat MKT

Oleh MHDAILY

Puad dakwa Annuar Musa ‘dalang’ bocorkan video mesyuarat MKT.  Ahli Parlimen Umno akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bersidang, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Puad Zarkashi.

Beliau berkata, itu adalah salah satu daripada perkara yang disebut dalam mesyuarat empat jam majlis itu pada petang Rabu sekali gus mendakwa ia dibocorkan oleh bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa.

“Kini ada pihak cuba putar belitkan keputusan MKT,” katanya, merujuk kepada penarikan sokongan rasmi parti itu kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Puad

Annuar antara lain mendakwa tidak semua yang diperkatakan dalam mesyuarat tersebut disebut oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan akhbarnya selepas itu.

Puad mendakwa Annuar membocorkan rakaman video mesyuarat MKT kepada ketua-ketua bahagian Umno yang mengandungi perincian lain yang dibincangkan, termasuk membenarkan Ahli Parlimen Umno menggunakan budi bicara mereka sendiri di Parlimen.

“Mana dia (Annuar) dapat semua itu? Siapa bagi pada dia (Annuar)? Sudah tentulah anggota kluster ‘scheme of thing’ yang hadir dalam mesyuarat MKT.”

Puad merujuk kepada pemimpin Umno yang diberi jawatan dalam Jemaah Menteri atau GLC yang dikatakan sebahagian daripada strategi Muhyiddin untuk membeli sokongan kepadanya.

“Juga disebut (ketika mesyuarat) Ahli Parlimen Umno kekal sokong kerajaan PN hingga Parlimen mula bersidang. Dua minggu sahaja. Kenapa fakta ini Annuar tidak bocorkan?

“Annuar Musa cukup lama jadi ahli MKT. Tidak semua perkara masuk dalam kenyataan media. Lagi pun bukan rahsia ada segelintir Ahli Parlimen termasuk beliau membantah keputusan parti.”

Puad mendedahkan pada mesyuarat itu, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ada memberi amaran sekiranya Umno menarik sokongan boleh menyebabkan DAP menyokong perdana menteri kerana parti itu kononya telah menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Muhyiddin.

“Apakah itu betul atau propaganda? Kalau sah cerita itu apakah kita dianggap bersekongkol dengan kerajaan yang mahu berbaik dengan DAP supaya PM 8 kekal jawatan?”

Beliau berkata, adalah jelas perdana menteri berasa beliau “tersepit” selepas mengetahui Umno akan membuat keputusan untuk menarik balik sokongannya kepadanya.

Muhyiddin melantik Ismail Sabri sebagai wakilnya dan Hishamuddin Hussein sebagai menteri kanan baharu untuk keselamatan pada Rabu petang hanya beberapa jam sebelum pertemuan peringkat tertinggi di ibu pejabat Umno itu.

Zahid, yang kemudian mengumumkan bahawa parti itu secara rasmi menarik sokongannya kepada Muhyiddin juga menggesa peletakan jawatan beliau.

Berita Penuh :

kalau anda aterlepas: Panas !!! Zahidi dakwa keputusan MKT buka peluang Anwar jadi PM