Panas !!! Posting media sosial Sultan Johor curi tumpuan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang munafik di media sosial Baginda.

Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang munafik.

“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: “A true leader cannot be bought” (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).

Posting media sosial Sultan Johor curi tumpuan

TMJ memuatnaik kemas kini di Instagram Story baginda hari ini

Terbaharu, menerusi satu kenyataan di Facebook, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan politik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan kemelut politik dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/sultan-johor-muat-naik-ciri-orang-munafik-di-media-sosial-315104

BACA JUGA : Terkini !!! Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung, bakal pilih PM

CATEGORIES