Panas !!! Polis dedah tanah rizab PDRM ditukar milik kepada gereja

Sebidang tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, di sini, ditukar hak milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.

Sumber MalaysiaGazette berkata, penukaran tanah milik PDRM itu terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April lalu.

Jelas sumber, berdasarkan surat itu, pihak gereja menuntut hak milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting.

“Semakan mendapati tanah rizab Persekutuan itu merupakan bekas tapak berek kelamin dan rumah ketua balai berpangkat Sarjan.

“Susulan itu, satu laporan dibuat pada 20 April lalu oleh polis sendiri untuk menyiasat status milikan tanah yang sebelum ini merupakan tanah PDRM,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut sumber itu, pihak polis kini dalam proses mendapatkan dokumen asal tanah tersebut.

“Selain itu, kita juga sedang mengesan saksi bagi tujuan rakam keterangan.

Mengulas lanjut, sumber berkata, satu lagi lot tanah milik pasukan beruniform itu di Kampung Padang Gajah dalam Daerah Larut turut dipindah milik tanpa pengetahuan.

“Tanah bangunan polis itu ditukarkan atas nama tiga individu tempatan, namun laporan pengesahan status tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak menegaskan tiada sebarang permohonan pelepasan diterima berhubung pelepasan tanah tersebut,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan laporan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita dapati kejadian yang sama berlaku di beberapa tanah rizab milik PDRM di Perak,” ujar Zainuddin.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/04/30/tanah-rizab-pdrm-ditukar-milik-gereja-tanpa-pengetahuan/