Panas !!! PM, PH capai konsensus untuk bendung aktiviti lompat parti

PM

PM, PH capai konsensus untuk bendung aktiviti lompat parti.Pembaharuan institusi, terutama larangan lompat parti adalah persetujuan konsensus yang dicapai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) semalam, menurut sumber.

“Ia adalah untuk Malaysia yang lebih baik. Lompat parti merosakkan negara, jika ia dibenarkan berterusan berlaku, rakyat akan hilang keyakinan terhadap sistem dan tidak mengundi,” menurut sumber yang tidak mahu dinamakan.

Sumber itu berkata, kenyataan bersama yang ditandatangani Ismail, Presiden PKR Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam adalah “satu sejarah” dan akan memastikan kestabilan politik pada waktu sukar ini.

Dalam kenyataan itu, pemimpin politik terbabit berkata, mereka mencapai konsensus bagi mengukuhkan fungsi Parlimen sebagai semak dan imbang di peringkat eksekutif.

PH

PM, PH capai konsensus untuk bendung aktiviti lompat parti

Menurut kenyataan itu juga, mereka bersetuju dan memahami kepentingan kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Terdapat pembaharuan institusi lain dan ini akan dikongsi apabila tiba waktunya tetapi saya dapat mengesahkan bahawa ia baik untuk rakyat dan Malaysia,” menurut sumber.

Kenyataan bersama semalam adalah susulan pertemuan pemimpin PH bersama Ismail di Perdana Putra, selepas dijemput oleh perdana menteri itu.

Empat pemimpin itu bertemu lebih sejam dan fokus diberikan bagi mencapai kata sepakat dalam menguruskan Covid-19 dan menambah baik ekonomi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/26/pm-ph-capai-konsensus-untuk-malaysia-lebih-baik/

BACA: Individu aktif parti politik tidak akan diberi tauliah mengajar lagi