Panas !!! Persatuan kesihatan mental dedah frontliner ambil ‘syabu’

Oleh MHDAILY

Ada petugas kesihatan yang terdesak akibat gangguan emosi disebabkan pandemik COVID-19, mengambil dadah dan pil tidur bagi mengurangkan tekanan.

Segelintir daripada mereka juga memulakan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil kopi berlebihan untuk mendepani kelesuan melampau atau ‘burnout’ berikutan peningkatan beban tugas akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, berkata keadaan itu membimbangkan dan petugas kesihatan terbabit berisiko berdepan gangguan stres pasca trauma (PTSD) seperti dialami bekas tentera yang pernah turun ke medan perang, dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

 

Persatuan kesihatan mental dedah frontliner ambil 'syabu'

Gambar Hiasan.

“Petugas kesihatan ini menghubungi kami dan mengaku terpaksa mengambil AST (amphetamine type stimulant), iaitu dadah jenis syabu atau ‘ice’, kerana mahukan keyakinan serta tenaga supaya tidak tertidur ketika bertugas.

“Jumlah yang mula merokok juga ketara. Ada yang minum kopi antara lima hingga enam cawan sehari berbanding hanya satu cawan pada waktu pagi sebelum lonjakan kes COVID-19.

“Ada yang terpaksa makan pil tidur kerana tidak dapat tidur akibat gangguan emosi ketika pandemik. Ini berbahaya kerana pengambilannya antara satu hingga tiga minggu secara berturut-turut,” katanya kepada BH.

Semalam, BH melaporkan lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik COVID-19 secara berterusan.

Ada kakitangan kesihatan yang ditemu bual BH, mengaku menangis setiap hari selama sebulan apabila pulang ke rumah, stres, berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit, selain kemanusiaan diri tercabar apabila terpaksa memilih pesakit yang perlu ‘dilepaskan’ setiap hari.

Mengulas lanjut mengenai PTSD, Dr Andrew, yang juga Perunding Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Asia Pasifik Barat, berkata petugas yang mengalami PTSD mungkin menjadi resah atau takut apabila menghampiri wad unit rawatan rapi (ICU) tempat mereka bertugas ketika COVID-19.

“PTSD ini sama seperti dialami tentera di medan perang, yang mungkin pernah menembak musuh atau melihat rakan sendiri meninggal dunia di hadapan mata.

“PTSD bahaya kerana ia boleh membawa kepada hasrat untuk bunuh diri, selain menjejaskan hubungan dengan rakan dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, jumlah petugas kesihatan awam yang menghubungi MMHA untuk mendapat perkhidmatan sokongan psikologi meningkat dengan ketara.

“Sebanyak 18 peratus daripada 1,470 panggilan telefon dan pertolongan dalam talian di antara Januari hingga Jun lalu, adalah petugas kesihatan awam.

“Ini jumlah yang amat signifikan kerana sebelum pandemik, kami tidak pernah menerima panggilan daripada petugas kesihatan awam,” katanya.

Berikutan itu, Dr Andrew menyarankan KKM mewajibkan proses ‘debriefing’ dalam kalangan petugas kesihatan sebelum dan selepas menjalankan tugas, selain memperluas aktiviti pertolongan cemas psikologi (PFA).

Katanya, proses ‘debriefing’ dalam tempoh tiga hingga lima minit, membolehkan setiap petugas berkongsi keresahan atau apa juga pengalaman dilalui ketika bertugas.

“KKM juga boleh melaksanakan sistem ‘buddy’, iaitu setiap petugas sama ada doktor atau jururawat digandingkan dengan seorang rakan dan mereka perlu bertanya situasi pasangan mereka setiap hari,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861958/gangguan-emosi-ada-petugas-kesihatan-ambil-dadah-pil-tidur-mmha

BACA JUGA : Keberkesanan vaksin mula berkurang mungkin jadi punca kes naik di Sarawak – KJ