Panas !!! Perebutan jawatan KM Melaka dilapor jadi punca angkat sumpah awal pagi?

Oleh MHDAILY

Kumpulan politik Umno di Melaka kecoh dengan tindakan angkat sumpah terburu-buru Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri pada 1 pagi Ahad (21 Nov) pagi.

Memetik laporan The Star, keputusan tergesa-gesa mengangkat sumpah dibuat selepas percubaan tidak dijangka oleh ADUN Tanjung Bidara yang baru dilantik Datuk Seri Rauf Yusoh untuk menuntut jawatan ketua menteri.

Rauf, yang merupakan pengerusi Umno negeri Melaka, tidak hadir dalam majlis angkat sumpah Sulaiman di hadapan Gabenor Tun Mohd Ali Rustam.

Beliau dilapor telah melobi pemimpin parti itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak selaku penasihat BN.

Baca Artikel Penuh