Panas !!! Pendakwa dedah senarai jumlah wang diterima Zahid

Oleh MHDAILY

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi melibatkan sistem visa warga asing kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas timbalan perdana menteri itu mengambil kesempatan atas jawatan tingginya untuk “mengumpul kekayaan”.

Dalam kenyataan pembukaannya, timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran berkata, Zahid menerima rasuah dalam pelbagai mata wang asing, termasuk dolar Singapura, euro dan dolar Amerika Syarikat, selain ringgit, daripada kontraktor, Ultra Kirana Sdn Bhd.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, didakwa menerima wang tunai S$14.71 juta, USD15,000, euro5,000 dan RM3.13 juta antara 2014 dan 2017.

Baca Artikel Penuh