Panas !!! Pemimpin Umno desak siasat isu ‘kecurangan’ vaksin

Oleh MHDAILY

Pemimpin Umno desak siasat isu ‘kecurangan’ vaksin.

Kerajaan digesa menjalankan inkuiri awam bebas bagi menyiasat isu yang timbul dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk insiden picagari kosong dan penyelewengan vaksin.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana rakyat berhak tahu kedudukan sebenar dan memulihkan kewibawaan sistem kesihatan yang tercalar akibat “kecurangan” dalam pengendalian vaksin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

pemimpin

Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan siapakah yang harus menanggung kos ujian seterusnya dalam isu membabitkan vaksin.

Katanya, kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba bahawa mereka yang terbabit akan diberikan vaksin semula adalah sangat simplistik.

“Kemudian beliau mencadangkan pula bahawa orang ramai ragu-ragu sama ada mereka telah divaksin dengan sempurna harus mengambil ujian antibodi untuk memastikan sama ada kita telah mempunyai perlindungan.

“Ini semua adalah sangat tidak munasabah. Siapakah yang harus menanggung kos ujian seterusnya ini?,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau juga menyeru Adham supaya melupakan cadangan pengeluaran kad khas pengesahan vaksinasi memandangkan kini adalah zaman sijil digital yang boleh diuji kesahihannya.

Menurutnya, kerajaan dan rakyat tidak harus dibebankan dengan pelbagai kad yang tiada kepentingan dan disifatkan pembaziran dana awam kerana bermotifkan perniagaan, bukannya keselamatan atau kesihatan.

“Manfaatkan sistem MySejahtera dan mantapkannya dengan usaha pengesahan vaksinasi antarabangsa dengan perkongsian pangkalan data vaksinasi dengan sistem imigresen kita.

“Ini bermakna pengesahan akan dapat dilakukan dengan semakan data passport oleh pelbagai pengawal sempadan anatarabngsa negara lain bagi tujuan perjalanan antarabangsa,” katanya.

Khaled berkata, bagi tujuan domestik beliau mencadangkan data MySejahtera dikemas kini dalam Mykad bagi tujuan pengesahan.

“Namun, ia tidak harus mendiskriminasi mereka yang memilih untuk tidak divaksinasi atau tidak boleh divaksinasi.

“Rakyat bebas untuk hidup dengan pilihan dan kepercayaan mereka. Jangan sesekali sijil digital atau apa kaedah pengesahan vaksinasi menjadi halangan kepada kebebasan hak asasi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/23/laksana-segera-inkuiri-awam-siasat-isu-kecurangan-vaksin-kata-khaled/

BACA JUGA : Ramai sewa jet peribadi ke luar negara, lari dari peningkatan kes Covid-19