Panas !!! Pemimpin Umno ‘cabar’ Bersatu tarik sokongan di Johor

Seorang pemimpin Umno dilihat cuba mencabar Bersatu supaya menarik sokongan mereka kepada Menteri Besar Johor selepas isu mengenai pertembungan di antara kedua-dua parti disentuh Muhyiddin Yassin malam tadi.

Menurut laporan Malaysiakini, Shahrir Samad yang juga bekas menteri menyatakan ada sebab mengapa pemimpin Umno dilantik menjadi menteri besar di Johor sekarang dan ia “mudah” untuk dijelaskan.

“Jawapannya mudah,” kata Shahrir.

Pemimpin Umno 'cabar' Bersatu tarik sokongan di Johor

Shahrir Samad

Shahrir dalam media sosialnya mengulas ucapan Muhyiddin di majlis Perikatan Nasional di Shah Alam malam tadi menyatakan hal itu berlaku apabila dua Adun Bersatu yang dilantik mengetuai kerajaan negeri terbabit sebelum ini dirasakan tidak layak berada di situ.

“Kalau ada yang layak dalam kalangan Adun Bersatu, tentu tidak terlepas jawatan (menteri besar) itu kepada Umno/BN,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini kehilangan sokongan majoriti selepas sebahagian ahli parlimen Umno membatalkan sokongan mereka kepadanya di Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Pagoh itu mendakwa dia sebenarnya boleh membalas tindakan Umno berkenaan jika dia mahu dengan mengarahkan hanya dua daripada Adun mereka menarik balik sokongan daripada menteri besar Hasni Mohammad.

Tetapi jika langkah itu diambil, kata Muhyiddin, kerajaan Umno di Johor akan tumbang.

“Tetapi saya tidak mahu bertindak bodoh dan berniat tidak baik untuk menimbulkan masalah yang sama di Johor.

“Bukan kerana ia negeri saya tetapi untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat,” ujarnya.

BACA JUGA : Sulaiman calon Ketua Menteri, “wal hasil balik asal”
Calon Ketua Menteri BN enggan berdebat
Gempar !!! Viral video dikait gangguan seksual pemimpin Umno Melaka

CATEGORIES