Panas !!! Pemimpin Umno bidas kabinet kerajaan PN gagal berfungsi

Semalam saya dengar interview Adun Kok Lanas Alwi Che Ahmad dengan saluran tv internet. Alwi sentuh beberapa isu dikira sensitif juga. Antaranya mengenai perihal kerajaan PN yang tidak ada hala tuju. Beliau kaitkan tentang kelengahan kerajaan untuk bentang RM-12.

Tanpa RM-12 rakyat tidak tahu apa agenda dan perancangan kerajaan. RM-12 itulah mengandung hala tuju atau program kerajaan dalam tempoh 5 lima tahun ke depan. Alwi minta agar segera dibentangkan di parlimen.

Mungkin Alwi terlupa kalau bentang RM-12, ia gagal boleh gagal dan ditolak kerana relatif sokongan untuk kerajaan kini sudah tidak ada. Mungkin menyedari hakikat itu maka parlimen digantung dengan darurat untuk mengelakkan “something happen” di parlimen. Apakah Alwi sengaja untuk heret Muhyiddin ke Parlimen? Boleh jadi.

Katanya lagi sudahlah kerajaan tidak ada hala tuju para menteri kabinet juga gagal berfungsi. Mereka tidak menjelaskan apakah rancangan kerajaan. Kalau Muhyiddin sukar untuk buka mulut patut menteri kena jelaskan. Menteri pula menurutnya banyak membisu macam tidak reti berbuat sesuatu.

Alwi sebut menteri MITI yang bertanggungjawab membawa pelabur juga tidak berbuat sesuatu. Menurutnya menteri itu Minrit (nama sebenar Mohamed Azmi Ali) sepatutnya umum jumlah pelabur yang masuk bukan tayang gambar cuci masjid dilanda banjir.

Alwi nampak tidak menyembunyikan kebimbangannya, katanya kalau kerajaan tidak berbuat sesuatu rakyat akan hukum tujuh bulan lagi. Dijangka tujuh bulan lagi selepas habis darurat Piraum akan diadakan. Trims. –FB