Panas !!! Pemimpin politik maut ditembak di Marang

Pemimpin politik maut ditembak di Marang.

Seorang bekas Pengerusi MCA Marang maut manakala anak saudaranya cedera parah akibat ditembak oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam kejadian di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Mangsa yang mati ditembak dikenali sebagai Fong Swee Fuan, 65, manakala anak saudaranya yang cedera parah dikenali sebagai Teo Hock Beng, 45.

pemimpin

Anggota polis sedang memeriksa lokasi Swee Fuan mati ditembak di Taman Raya, Wakaf Tapai, Marang hari ini.

Suspek berusia 53 tahun yang merupakan rakan baik Swee Fuan dipercayai menembak kedua-dua mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.

Dia kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan roda sebelum berjaya ditahan polis bersama selaras senapang dan beberapa butir peluru di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian.

Motif kejadian masih disiasat.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/bekas-pengerusi-mca-marang-maut-ditembak/

BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Umno desak siasat isu ‘kecurangan’ vaksin