Panas !!! Pembantu Ebit Lew kantoi dapat pergi luar negara tapi tak cucuk vaksin

Panas !!! Pembantu Ebit Lew kantoi dapat pergi luar negara tapi tak cucuk vaksin

Umum mengetahui, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew bersama delagasinya telah selamat pulang ke tanah air setelah selesai melakukan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Meskipun kesemua mereka telah selamat pulang ke Malaysia, nama Ustaz Ebit Lew dan seorang pembantu peribadinya telah mencuri tumpuan netizen berikutan satu isu ‘viral’ di antara pihak mereka dan Caprice. Terbaru, netizen mempersoalkan pula mengenai foto pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew yang baru menerima vaksin hari ini.

Nak vaksin

Di Instagram, pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew yang dikenali sebagai Arieff dipercayai telah memuat naik foto dirinya sudah divaksin hari ini. Susulan daripada posting tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan kenapa individu berkenaan baru menerima vaksin sedangkan seseorang yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan vaksin terlebih dahulu.

Menerusi posting tersebut juga, Arieff dipercayai menerima vaksin jenis Pfizer dan temu janji bagi dos keduanya dijadualkan pada 7 Ogos nanti di Axiata Arena Bukit Jalil juga. Terbaru, posting berkenaan dipercayai sudah dipadam.

Belanja petugas barisan hadapan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew dipercayai turut hadir ke pusat pemberian vaksin tersebut bagi menghulurkan bantuan makanan kepada kesemua staf yang berkhidmat di PPV berkenaan.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/muat-naik-foto-di-ppv-netizen-persoal-pa-ustaz-ebit-lew-baru-cucuk-vaksin

BACA JUGA : “Jangan bisu dan pekak ketika jadi penguasa”, pemimpin Umno tegur Pas