Panas !!! Pelantikan Muhyiddin disambut dingin rakyat, langkah mundur kebelakang

Oleh MHDAILY

Pelantikan Muhyiddin disambut dingin rakyat, langkah mundur kebelakang.Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap pelantikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas bahawa perlantikan tersebut sebagai petanda bahawa Muhyiddin kembali dalam urusan tampuk kerajaan.

Malah, ada yang beranggapan bahawa perlantikan itu seakan-akan memberi bayangan negara akan kembali gagal susulan beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Pengguna Twitter, @ooijohn menyifatkan Muhyiddin telah menggagalkan negara namun diberi satu lagi peluang untuk mengecewakan rakyat sekali lagi.

β€œKami tidak dapat melalui mimpi buruk yang sama,” katanya.

Seorang lagi pengguna @sabrectw pula menganggap pelantikan tersebut satu penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal.

Muhyiddin

β€œMenteri lain? Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal,” katanya di Twitter.

Sementara itu, pengguna Twitter bernama Syamim Ms pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin Yassin diminta meletak jawatan sebagai Perdana Menteri jika masih ada keyakinan bahawa beliau mampu meneraju strategi pemulihan negara.

β€œKalau yakin dia boleh terajui strategi pemulihan negara, kenapa turunkan dia dari jawatan Perdana Menteri.”

Sebentar tadi, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

MPN ditubuhkan pada Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat.

Berita Penuh :Β Imam, bilal enggan vaksin akan diberi kaunseling – Timb Menteri