Panas !!! Pelantikan abang PM sebagai Pengerusi NAFAS, Nazri bidas pengkritik

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berpendapat pelantikan Zamri Yaakob, iaitu abang kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak salah dari segi etika kerana ia berdasarkan kelayakan dan kemampuannya dalam bidang berkaitan.

Beliau juga percaya pelantikan Zamri yang sebelum ini ialah pengerusi Pertubuhan Peladang Pahang, tiada kaitan dengan perdana menteri kerana ia dimuktamadkan oleh Ahli Lembaga NAFAS.

“Dia ada kebolehan, takkan kerana dia abang kepada PM, dia tak boleh buat kerja apa-apa. Tun M (Mahathir Mohamad) dulu pun cakap begitu juga, anak-anak dia diberi jawatan macam-macam, tapi dia kata tak boleh nak halang sebab orang lantik dia.

Pelantikan abang PM sebagai Pengerusi NAFAS, Nazri bidas pengkritik

“Jadi, dalam isu ini, kita tak boleh nak marah (PM), tiada isu pun…masing-masing ada kebolehan untuk manfaat negara,” katanya kepada FMT.

Pada 13 Sept lalu, NAFAS melalui Facebooknya memuat naik catatan mengucapkan tahniah di atas pelantikan Zamri menerajui AJP pertubuhan berkenaan.

Bagaimanapun, pengumuman itu dikritik warganet yang majoritinya mendakwa pelantikan itu sebagai “Keluarga Perdana Menteri”.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyambut baik pelantikan itu yang disifatkannya bukan perkara besar.

“Kecil punya hal,” katanya ringkas ketika diminta mengulas dakwaan pelantikan itu adalah “Keluarga Perdana Menteri”.

Untuk rekod, Ismail yang juga naib presiden Umno dan Ahli Parlimen Bera merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/17/takkan-abang-pm-tak-boleh-buat-apa-apa-kerja-nazri-ulas-lantikan-pengerusi-nafas/

BACA JUGA : Abang PM terpilih bukan dipilih sebagai Pengerusi Nafas, kata sumber

COMMENTS

Wordpress (0)