Panas !!! Pelajar perempuan di Kedah meninggal dunia seminggu selepas dapat suntikan vaksin

Pelajar perempuan yang didakwa meninggal dunia berpunca daripada suntikan vaksin Covid-19 didapati bebas daripada virus itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, hasil ujian saringan mendapati pelajar terbabit tidak dijangkiti Covid-19.

“Setakat ini, proses bedah siasat sudah selesai dijalankan dan kita masih menunggu keputusannya.

Pelajar perempuan di Kedah meninggal dunia seminggu selepas dapat suntikan vaksin

Gambar Hiasan.

“Laporan daripada proses bedah siasat terbabit akan diperoleh dalam tempoh terdekat dan kita akan dapat mengenalpasti punca kematian pelajar berkenaan,” katanya.

Terdahulu, video kematian pelajar perempuan berusia 18 tahun, Sabtu lalu ular di media sosial yang dikaitkan dengan suntikan vaksin Covid-19.

Arwah dikatakan menerima suntikan seminggu lalu dan mengadu sakit dada dan perut sebelum membuat pemeriksaan di hospital.

Video itu turut menyebut pihak hospital mengatakan pelajar itu mengalami gastrik tetapi keluarganya mendakwa remaja itu tidak mempunyai sejarah penyakit terbabit.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/760752/pelajar-perempuan-meninggal-dunia-tidak-dijangkiti-covid-19

BACA JUGA : Kluster baharu Covid-19 kini didominasi Kelantan

COMMENTS

Wordpress (0)