Panas !!! Peguam ini dedah perangai sebenar tokan dadah wanita…

(Sy bersikap neutral dalam hal kesalahan jenayah. Sy bukan mahu memburuk2kan kaum sejenis sy).

Sy sebagai wanita dan merupakan peguambela wanita tidak akan mengenepikan equality dan kebenaran dikalangan pesalah2, samada pesalah wanita atau pesalah lelaki.

Apa yang ingin sy katakan adalah sy berasa sangat bosan apabila ada beberapa pihak yang sering merasakan dan mengatakan apabila wanita ditahan dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang lain, maka wanita tersebut adalah mangsa kepada sesuatu kesalahan tersebut

Sepanjang sy bekerja sebagai peguambela, sy telah banyak kali mengendalikan kes di mana wanita adalah tokan dadah dan apabila ditangkap bersama pesalah lelaki, tokan wanita tersebut dilepaskan dari pertuduhan kerana kebanyakan alasan yang sy terima, antaranya:

1. Kesian, dia ada anak kecil,
2 Dia nampak baik dan mesti kena aniaya tu,
3. Takkan dia buat sebab tengok muka pun tahu dia baik,
4. Mesti lelaki tu gunakan dia,
5. Mustahil la wanita tu tokan
6. Macam2 lagi alasan tapi no 1-5 paling famous.

Sy pernah berdepan dengan banyak kes di mana wanita adalah tokan dadah tetapi dilepaskan tanpa dituduh. Tokan2 wanita dalam kesemua kes tersebut sangat bijak. Mereka akan suruh keldai2 lelaki jualkan dadah.

Sebagai habuan, keldai2 lelaki akan diberi dadah percuma dan akan dapat menikmati celah kangkang tokan wanita mereka. Menarik sekali.

Jangan terkejut dengan apa yang sy tulis. Realiti memang busuk.

Jadi, tolonglah jangan asyik kata wanita sebagai mangsa. Sy telah jumpa ramai wanita yang sebenarnya menjadikan lelaki sebagai mangsa dan kemudian berpura2 menjadi mangsa.

Oleh kerana itu juga, jangan terkejut disebalik scammers, boss mereka adalah wanita.

Di dalam kes jenayah, sesiapa sahaja boleh melakukan kesalahan jenayah.

Hakikat sebenar:
1. Wanita mampu menjadi perancang pembunuhan,
2. Wanita mampu membunuh,
3. Wanita mampu menipu,
4. Wanita mampu menjual bahan terlarang dan dadah,
5. Wanita mampu mendera,
6. Wanita mampu menjadi scammer,
7. Wanita mampu menjadi perancang segala aktiviti jenayah, DAN Wanita mampu buat segala2nya walaupun perkara yang tidak tercapai oleh akal manusia.

Dalam kebanyakan kes, wanita2 tersebut dilepaskan samada menjadi saksi pendakwaan (dan mengenakan balik atau menyalahkan pesalah lelaki) atau dilepaskan terus kerana dirasakan tidak bersalah atau tidak terlibat dengan kes.

Jadi, jangan kita pilih kasih dalam menghukum, memaafkan dan memberi peluang kepada para pesalah.

Sumber :