Panas !!! Pas lapor polis peguam dari parti sendiri disyaki lesapkan duit beli tanah buat markas

Oleh MHDAILY

PAS Perak hari ini membuat laporan polis terhadap seorang peguam yang didakwa melarikan wang parti itu yang sepatutnya digunakan untuk pembelian sebidang tanah di Sri Iskandar.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, laporan polis itu juga bertujuan meminta peguam berkenaan memulangkan semula wang berjumlah RM238,625 yang diamanahkan oleh PAS Perak untuk pembelian tanah seluas empat hektar.

β€œUrusan pembelian tanah itu sejak 2017 namun hingga tahun ini masih tidak selesai. PAS mengambil tindakan menguruskan sendiri pembelian tanah tersebut sehingga menjadi hak milik,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menurutnya, PAS Perak juga sudah berulang kali menghantar surat menuntut peguam berkenaan mengembalikan wang tersebut namun tidak diendahkan, menyebabkan pihak parti bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Tanah yang dibeli itu akan dijadikan Kompleks Tarbiah PAS Perak serta beberapa lagi pembangunan, katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/duit-beli-tanah-lesap-pas-perak-buat-laporan-polis-terhadap-peguam/