Panas !!! Pas arah jentera parti siap sedia untuk PRU15

Panas !!! Pas arah jentera parti siap sedia untuk PRU15

Pas arah jentera parti siap sedia untuk PRU15.Semua jentera parti di semua peringkat digesa agar siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, kemungkinan PRU akan diadakan dua atau tiga bulan selepas tempoh darurat tamat pada 1 Ogos ini.

“Apabila tamat tempoh darurat, kemungkinan dua hingga tiga bulan selepas itu akan berlaku PRU. Ini bermakna kita hanya mempunyai masa dalam tempoh berkenaan untuk memperkemaskan jentera pilihan raya,” kata beliau dalam ucapan perasmian webinar anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru, PAS Pusat semalam.

Justeru kata beliau beberapa perkara perlu diambil perhatian, antaranya persiapan fikrah, jentera, bahan-bahan dan lain-lain isu yang berkaitan.

Oleh itu, setiap jentera parti perlu menjadi agen penerangan untuk menyampaikan maklumat serta informasi kepada rakyat dan tugasan itu tidak hanya di bahu lajnah penerangan semata-mata.

“Semua kita adalah agen penerangan dan bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada orang lain,” katanya.

Pas

Selain persiapan melibatkan jentera, kata beliau sistem dan bahan-bahan perlu diberi perhatian khusus agar gabungan mantap antara penggerak pilihan raya dan penerangan berjalan seiring dan seragam terutama menjelang PRU15.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan peserta kepentingan media sosial di alaf baru sekarang sebagai medan pilihan hampir 70 peratus rakyat Malaysia.

Berikutan itu Kamaruzaman mahu sebaran melalui media sosial pelbagai medium perlu dirancakkan agar maklumat dapat diperolehi secara menyeluruh.

“Bahan yang disebarkan juga berbeza pendekatannya antara media sosial milik pemimpin parti dengan lain-lain sama ada peribadi atau sebagainya.

“Di mana di Facebook pemimpin lebih kepada menerang sementara yang lain-lainnya boleh memberi tumpuan kepada bahan fokus dan menyerang. Selain itu perlu perbanyakkan group-group penghubung dan komuniti secara umum,” katanya.

Justeru itu setiap petugas parti wajib mempunyai akaun Facebook atau Twiter sendiri dan aktif sama ada berkongsi, komen, ‘like’ dan ‘follow’ apa sahaja maklumat yang dikeluarkan oleh parti.

Menurutnya juga ahli dan pendukung PAS hendaklah menjadikan Harakah versi cetak dan Harakahdaily sebagai sumber rujukan isu-isu semasa yang berlaku.

“Beli Harakah kena baca, kemudian beri dan kongsi dengan orang lain. Harakahdaily pula sebagai rujukan setiap hari,” kata beliau.

Justeru itu semua pendukung parti dikehendaki membantu agar sasaran 10 peratus pembeli daripada jumlah ahli membeli Harakah cetak dan 30 peratus melanggan e-Harakah menjadi kenyataan.

Peserta yang menyertai program hampir tiga jam itu secara di talian itu dari seluruh negara. Peserta juga berpeluang mengikuti Modul Informasi yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Wan Nik Wan Yussof.

Berita Penuh :https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/11/pru15-makin-hampir-selepas-tamat-darurat/

Jika Terlepas: Hanipa dedah sidang parlimen bakal jadi medan perutusan khas sahaja