Pakar dedah kematian akibat Covid-19 melambung 7 kali ganda.Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara, Dr Musa Mohd Nordin memberitahu kematian akibat jangkitan Covid-19 melambung tujuh kali ganda berbanding tahun lalu.
Menerusi satu siri Twitternya hari ini, beliau berkata, jumlah kes positif pandemik itu juga meningkat 25 kali ganda.
Berbanding dengan 12,620 kes Covid-19 dikesan pada tahun lalu, sebanyak 310,074 kes direkodkan tahun ini.
Sementara itu, sebagai perbandingan, beliau turut berkongsikan data kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, jumlah pesakit Covid-19 daripada kategori kanak-kanak melonjak lima kali ganda antara Jun hingga bulan lalu.
“Bukan vaksin percubaan. Ia selamat dan berkhasiat, katanya lagi.
Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/kematian-akibat-covid-19-melambung-tujuh-kali-ganda/