Panas !!! Nini Siron bakal saman fitnah SU Politik MB Kedah, Harakahdaily?

Nini Siron yang merakam video Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini mengeluarkan notis tuntutan kepada pihak yang telah memfitnah beliau.

Beliau nama sebenar Hanini Siron berkata, merujuk kepada kenyataan dan hantaran Facebook oleh Solhi Sharif (Mohamad Solhi bin Mohd Sharif), Afnan Hamimi (Afnan Hamimi bin Taib Azamudden) dan Harakahdaily (“pihak-pihak tersebut”) yang berbaur fitnah yang telah menyebabkan gangguan (harassment), pencerobohan privasi dan data peribadi serta pembulian siber terhadap beliau.

“Rentetan daripada kenyataan saya di Facebook bertarikh 5 Jun 2021 yang telah membangkitkan persoalan dan kemusykilan berkenaan isu keberadaan YAB Menteri Besar Kedah di Showroom Ford Autocity, Juru memandangkan negara sedang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya ingin menegaskan bahawa isu yang telah saya bangkitkan berhubung keberadaan Menteri Besar Kedah adalah tulen, munasabah dan jauh sekali fitnah,” katanya.

Namun katanya kenyataan dan hantaran pihak-pihak tersebut telah menyebabkan beliau dihujani komen-komen negatif, kritikan yang teruk, kebencian, gangguan yang termasuk gangguan seksual dan/atau ancaman daripada pihak ketiga yang asing dan tidak saya kenali.

Sehubungan dengan itu, Nini Siron telah mengarahkan Tetuan Faizal Rahman & Co mengeluarkan suatu notis tuntutan kepada pihak-pihak tersebut yang perlu ditangani segera.

Sekiranya pihak-pihak tersebut gagal untuk memenuhi terma-terma di dalam Notis Tuntutan tersebut, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan peguamcara meneruskan sebarang tindakan undang-undang bagi memperbaiki dan melindungi kepentingan atau reputasi beliau dan keluarga.

Jun lalu, Nini Siron mendakwa Sanusi Md Nor melanggar SOP dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Sanusi Afnan Hamimi Taib Azamudden mengatakan dakwaan itu tidak benar kerana Sanusi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan mustahak dengan pergerakan rentas daerah ataupun negeri dibenarkan dalam SOP Sekatan Pergerakan Penuh.

Dakwaan Nini Siron berasas apabila pihak polis bertindak mengeluarkan kompaun kepada Sanusi dan beliau telah membayar pada Julai lalu sebanyak RM1500.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/fitnah-nini-siron-keluar-notis-tuntutan-kepada-su-politik-mb-kedah/

Baca Juga : Panas !!! 114 MP dipanggil menghadap, Ismail bakal PM?

 

Artikel ini disiarkan pada 19/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)