Panas !!! Netizen pertikai kelayakan Papagomo dapat pingat

Oleh MHDAILY

Pada Hari Wilayah ini, seorang individu yang pernah dipecat dari PDRM atas kesalahan jenayah pada 2005 dan kalah saman fitnah hampir RM1 juta (RM951,260.30) pada 2014 telah dianugerahkan darjah kebesaran Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Jikalau diikutkan kriteria untuk pencalonan darjah kebesaran JMW ini, seorang penjawat awam misalnya harus sekurang-kurangnya berpangkat gred 54 atau berjawatan utama sektor awam (JUSA) C, berumur melebihi 45 tahun, dan berkhidmat lebih dari 15 tahun (rujuk gambar).

Umum mengetahui bahawa jikalau seseorang itu hendak menjadi penjawat awam, individu tersebut haruslah bebas dari sebarang kes mahkamah. Malah, seusai memasuki perkhidmatan awam, engkau tahu atau tidak betapa sukarnya untuk seorang penjawat awam mencecah gred 54? Sebagai perbandingan, pengarah agensi atau jabatan kerajaan di peringkat negeri kebanyakannya bergred 48, 52 atau 54. Makanya, tinggal berapa kerat sahajalah yang boleh dicalonkan sebagai penerima JMW, bukan?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Jelaslah di sini betapa syarat untuk seorang penjawat awam dianugerahkan JMW itu lebih ketat dari skru di kereta atau motorsikal kalian. Entah apa yang johan dengan dengan individu ini, tiada siapa yang tahu.
Zaman ini zaman gila, tuan-tuan.

No photo description available.

 

FB