Netizen kecoh bila shopping mall di KL dibenar beroperasi

Netizen kecoh bila shopping mall di KL dibenar beroperasi

Netizen mula kecoh bila shopping mall di KL dibenar beroperasi. Warganet bingung dengan pembukaan semula beberapa gedung serbaneka di Kuala Lumpur walaupun Wilayah Persekutuan masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Isetan mengumumkan di Facebook pembukaan semula cadangan di pusat beli-belah Suria KLCC, The Gardens dan Lot 10, manakala Sogo di Kuala Lumpur serta Johor Bahru menyambung semula operasi hari ini.

Johor masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Netizen

Warganet mempersoalkan mengapa gedung itu dibuka semula kerana ia tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu, ada pula bimbang ia akan menyebabkan orang ramai berhimpun dan penularan Covid-19.

Pengguna Facebook, Lance Fu menyifatkan pembukaan semula itu sebagai “gila” dan bertanya jika Kuala Lumpur sudah beralih ke Fasa 2.

“Tak masuk akal, anda tidak pernah belajar daripada kesilapan,” katanya mengulas catatan Sogo.

Sementara itu, Ken Lee bertanya jika gedung serbaneka dibenarkan beroperasi semula ketika Fasa 1 adil untuk perniagaan lain yang terpaksa ditutup.

Majlis Keselamatan Negara mengemas kini SOP untuk negeri Fasa 1 pada 6 Julai lalu, dengan pasar raya, pasar raya besar dan gedung serbaneka, satu-satunya premis di pusat beli-belah dibenarkan beroperasi, begitu juga perkhidmatan perlu yang lain.

Terdahulu, bekas perdana menteri, Najib Razak berseloroh SOP ditukar “secara senyap” untuk membenarkan gedung serbaneka beroperasi semula.

Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan masih kekal di bawah Fasa 1, dengan kebanyakan kawasan di Selangor dikenakan sekatan pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan.

Sabah beralih ke Fasa 2 esok, menyusul Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/09/warganet-bingung-gedung-serbaneka-di-kl-dibenarkan-buka/

BACA JUGA : Akhirnya EU benarkan penerima vaksin AstraZeneca Malaysia masuk Eropah