Panas !!! “Nak saya kongsi semula bukti itu?”, Najib pertikai Mahathir

“Nak saya kongsi semula bukti itu?”, Najib pertikai Mahathir.AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berpendapat memberi duit kepada masyarakat miskin luar bandar adalah baik dalam membantu golongan berkenaan menjana ekonomi.

Bekas Perdana Menteri itu mempertikaikan pandangan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menggalakkan kerajaan memberi wang kepada golongan miskin luar bandar bagi mengatasi masalah kemiskinan.

“Apa salahnya kerajaan mencari duit dari pelaburan dan menggunakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk lebih memungut dari orang kaya yang lebih berbelanja supaya hasilnya dikongsi dengan orang miskin di luar bandar yang akan dibelanjakan di luar bandar untuk menaikkan ekonomi lokal dan menjana peluang bisnes serta pekerjaan di sana?

“Sebab itu, kita perkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan jumlah bayaran serta kategori penerimanya naik setiap tahun semasa saya Perdana Menteri (PM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib turut berkongsi tangkap layar laporan media berhubung kenyataan yang dibuat Dr Mahathir ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

kongsi

Beliau secara sinis mendakwa tindakan memberi duit kerajaan kepada masyarakat miskin luar bandar adalah lebih baik berbanding hanya ‘diagihkan’ kepada kroni.

“Janganlah hanya bergilir-gilir beri wang kerajaan berulang-kali kepada kroni-kroni tersayang kamu sahaja yang kemudiannya banyak berniaga dengan anak-anak kamu.

“Nak saya kongsi semula bukti itu? Dulu masa saya post pun, kamu dan anak-anak tak mahu nafi. Buat tak nampak je,” katanya.

Terdahulu Dr Mahathir dilaporkan berkata, pendekatan mengambil wang negara untuk diberikan kepada golongan miskin di luar bandar bagi mengatasi masalah kemiskinan adalah tidak begitu berkesan.

Menurutnya, ia tidak mampu memperkayakan golongan miskin luar bandar, selain ia memberi risiko kepada kerajaan untuk bankrap.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, beberapa cara lain boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan luar bandar, termasuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar mengembangkan sektor pertanian.

Berita penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/30/nak-saya-kongsi-semula-bukti-itu-najib/

BACA: Perhimpunan Agong Umno diadakan Januari, tiada pemilihan dijalankan