Panas !!! Najwan dipecat dari jawatan Ketua AMK Selangor

Panas !!! Najwan dipecat dari jawatan Ketua AMK Selangor

Najwan dipecat dari jawatan Ketua AMK Selangor.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi digugurkan daripada jawatannya itu berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik mengesahkan perkara tersebut setelah menerima surat pemecatan daripada Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

Menurutnya berdasarkan isi kandungan surat tersebut, pemecatan beliau adalah disebabkan oleh rombakan semula struktur organisasi AMK Selangor.

“Dia (AMK Malaysia) pecat saya maknanya seluruh organisasi itu terpecat sekali dan perlu lantik ketua baharu serta buat pemilihan dan jawatankuasa negeri baharu.

“Kalau ikutkan, pemecatan ketua AMK Negeri secara serta-merta begini jarang berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Najwan turut dimaklumkan tentang pemecatan AMK Perlis di bawah pimpinan Nor Azam Karap.

Najwan yang tidak mengetahui punca pemecatan beliau, bagaimanapun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak tahu (sebab pemecatan), dalam surat nak buat rombakan sahaja dan tiada tertulis sebab lain. Surat hanya memaklumkan kepada saya adalah untuk membuat rombakan jawatan itu sahaja.

“Pelantikan saya sebagai ketua AMK Selangor itu adalah hak prerogatif pusat dan saya terima keputusan beliau.

“Walaupun begitu, saya akan menumpukan khidmat saya sebagai ADUN kawasan dan dalam masa sama tetap memperkuatkan parti di Selangor,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/146829/BERITA/Politik/Ketua-AMK-Selangor-digugurkan-serta-merta?ref=rss&format=simple&link=link

JIKA ANDA TERLEPAS : Gempar !!! Parlimen akan terbubar secara automatik esok 29 Jun?