Panas !!! Muhyiddin kini hanya ada dua pilihan

Panas !!! Muhyiddin kini hanya ada dua pilihan

Muhyiddin kini hanya ada dua pilihan. Keseriusan dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memastikan agar Sidang Parlimen dapat diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan sesungguhnya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun.

Sehingga ini sudah tiga kali baginda bertitah berkenaan perkara tersebut, selain memanggil menghadap ketua-ketua parti, mengadakan perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu dan dua hari lalu, memanggil menghadap pula Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara ke Istana Negara.

Muhyiddin

Atas semua keprihatinan baginda itu, rakyat sebenarnya amat menjunjung kasih dan menzahirkan rasa terharu yang amat tinggi sekali.

Serentak dengannya, bersama pula komitmen Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim yang turut menjunjung titah Agong itu, sambil telah mencadangkan kepada Perdana Menteri agar satu sidang khas Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos, Mahiaddin Md Yasin dalam hal ini sebenarnya tidak punya banyak pilihan lain lagi.

Sama ada keadaannya yang tiba-tiba diserang cirit-birit semalam adalah suatu kebetulan atau kerana tertekan dengan keadaan yang tidak lagi memihak kepadanya, beliau kini hanya ada dua pilihan saja.

Pertama, akur sepenuhnya dengan titah Agong itu dan tanpa berlengah lagi mesti menetapkan tarikh untuk diadakan Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos depan.

Kedua, berundur dan meletak jawatan dengan segera.

Tiada sama sekali pilihan ketiga atau selain daripada dua pilihan diatas.

Tambahan lagi, cirit-birit bukan sejenis penyakit yang memerlukan seseorang itu dirawat, dipantau atau berada di wad hospital untuk tempoh yang terlalu lama.

Paling lama pun, dengan ubat tertentu yang ditelan, biasanya menjelang dua hari ia akan pulih seperti sediakala semula.

Kalau bagi rakyat marhaen, golongan B40 dan mereka yang hilang pendapatan akibat Covid19, mengambil pil chi kit teck aun yang berharga tidak sampai RM2 sekotak atau meminum sebotol 100 Plus juga mampu memulihkan cirit-birit dalam tempoh hanya beberapa jam saja.

Makanya, tidak munasabah untuk Mahiaddin perlu berlama-lama menerima rawatan di hospital seperti orang kena sakit jantung misalnya, sambil bertangguh-tangguh juga memenuhi titah Agong itu.

Dalam sehari dua ini Mahiaddin sepatutnya sudah pun pulih dan boleh menetapkan tarikh Sidang Parlimen sebagaimana titah Agong yang sudah sampai tiga kali ditekankan oleh baginda.

Tiada lagi ruang bagi beliau berlengah-lengah, malah sudah pun tertutup segala pintu jika ada keinginan dalam hatinya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri tanpa perlu akur terhadap titah Agong itu.

Enggan akur, hanya letak jawatan jawapannya

Berita Penuh :https://shahbudindotcom.net/2021/07/01/mahiaddin-hanya-ada-dua-pilihan.html

Jika Anda Terlepas: Jemur kain lap putih disangka kibar bendera, jiran mula tanya khabar