Panas !!! Mokhtar Senik doakan agar muka ‘mereka’ hitam terpinga-pinga

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik mencatatkan doa memohon Allah menghukum pihak pemfitnah yang dianggap aktif sama ada siang mahupun malam.

Doanya itu sehari selepas Presidennya mengaitkan “syaitan-syaitan warisan penjajah” berjaya merasuk Melayu yang beragama Islam hingga menjadi paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Mokhtar yang juga bekas Ketua Ulama Pas Pahang tersebut menyifatkan pemfitnah terbabit sebagai menghina ‘para pejuang agama dan wali-wali’ Allah.

Kira-kira jam 3 pagi tadi, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkenaan memuat naik doa itu di Facebook rasminya, ‘Moktar Dup’.

“Malam itu malam-Mu Ya Allah. Siang juga milik-Mu Ya Allah. Kala siang para pengfitnah bertebaran di bumi-Mu menyambung pendustaan. Kala malam para pemfitnah berbisik-bisik sesama mereka menyusun kerja.

“Ya Allah.. Engkau Maha Melihat gerak mereka. Maha mendengar bisikan jahat mereka dan Maha berkuasa atas mereka.

“Ya Allah… Sentaplah ubun-ubun mereka kala mereka bersorak gembira kerana berjaya menghina para pejuang dan wali-wali-Mu. Jadikan muka mereka hitam terpinga-pinga,” katanya.

Pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan yang pernah terperangkap dalam banjir di Bukit Keledang itu juga berharap agar ‘para pejuang’ Islam diselamatkan.

“Selamatkanlah para pejuang agama-Mu di mana pun mereka,” akhiri Mokhtar lagi. – MD

COMMENTS

Wordpress (0)