Panas !!! Mesyuarat pra-Kabinet esok masih jadi tanda tanya

Mesyuarat

Mesyuarat pra-Kabinet esok masih jadi tanda tanya. Mesyuarat mingguan pra-Kabinet antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kebiasaannya berlangsung setiap Rabu.

Mesyuarat itu adalah rutin mingguan yang semua sedia maklum membabitkan pertemuan dua mata antara Seri Paduka dengan Perdana Menteri sebelum berlangsungnya mesyuarat Kabinet.

Namun, satu sumber dihubungi Utusan Online tidak menjawab sama ada mesyuarat itu berlangsung pada minggu lalu, sejurus selepas kenyataan Istana Negara yang menzahirkan rasa dukacita Seri Paduka terhadap kenyataan dibuat kerajaan di Parlimen bahawa semua Ordinan Darurat dibatalkan sedangkan belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kata sumber itu lagi, mesyuarat pra-Kabinet setakat ini dilakukan secara maya susulan situasi pandemik Covid-19.

“Secara umumnya mesyuarat pra-Kabinet adalah sesi rutin mingguan yang semua orang dah sedia maklum.

Mesyuarat

“Tetapi pada minggu yang ada sidang Parlimen, ia diadakan pada hari Jumaat. Pada ada minggu yang tiada sidang Parlimen, mesyuarat diadakan pada hari Rabu.

“Namun ini semua ini tertakluk kepada ‘availability’ Seri Paduka dan Perdana Menteri,” katanya.

Mesyuarat pra-Kabinet antara Seri Paduka dan Perdana Menteri adalah rutin mingguan sebelum mesyuarat Kabinet dan ia kebiasaan bagi negara mengamalkan sistem Parlimen Westminster serta berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan.

Bukan sahaja di peringkat Persekutuan, malah Menteri Besar atau Ketua Menteri kebiasaannya akan menghadap Sultan, Raja atau Yang Dipertuan Negeri masing-masing bagi menyembah maklum sebelum mesyuarat exco berlangsung.

Pada minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sangat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan sedangkan ia belum mendapat perkenan Seri Paduka.

Seri Paduka turut berdukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang di dalam Rukun Negara.

Sebaliknya Pejabat Perdana Menteri menyatakan apabila Darurat tidak bersambung Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Pada 26 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan Kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan Ordinan Darurat namun kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang disifatkan tidak melalui proses yang betul selain ‘membelakangkan’ Yang di-Pertuan Agong.

Berita  Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/tanda-tanya-mesyuarat-pra-kabinet-esok/

BACA: Netizen tercengang bila wanita ini beritahu dapat vaksin ‘Sanitizer’