Tular di media sosial gambar mirip Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Setiausaha Agung Pas itu dilihat bergambar bersama 16 individu lain tanpa mematuhi SOP penjarakan fizikal satu meter dengan pelitup muka hanya dipegang.
Peguam, Zulhazmi Shariff dalam hantarannya di Facebook berkata, bagaimanapun waktu gambar diambil dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
“Bila gambar diambil dan di mana kejadian tidak diketahui.
“Mungkin polis boleh siasat dan kemudian serah siasatan kepada Peguam Negara kemudian diserah semula kepada polis kemudian kemudian kemudian,” sindirnya.
“Gambar seramai 17 orang. Kalau seorang RM1,500 dah RM25,500. Boleh ‘cover’ berapa dos vaksin dah tu.
“Tapi takkanlah menteri yang buat peraturan kompaun nak dikompaun. Tak masuk akal pulak,” katanya lagi.
Pada masa ini, pelanggaran SOP mencegah Covid-19 membabitkan ‘kluster kayangan’ dan menteri mengundang kecaman orang ramai.
Rakyat menganggap wujudnya amalan dua darjat dalam pelaksanaan pematuhan SOP kerana mereka yang kaya dan menteri-menteri terutamanya, sukar untuk dikompaun atas kesalahan mengingkari peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Saja la nak bagitau…. ada orang yang dalam gambar ini telefon aku untuk minta aku padam gambar ini..
Jawapan aku mudah saja..
Dalam gambar tu ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang bertanggungjawab menggubal dan mengumumkan peraturan dan nilai kompaun.
a) Takkan la gambar tu ada kesalahan?
b) Takkan menteri nak buat salah?
c) Kalau menteri buat salah pun insyaAllah tidak diambil tindakan lebih-lebih lagi Menteri ini.
d) Kalau diambil tindakan pun, apa lah sangat kompaun RM1,500 untuk tidak menjaga jarak dan RM1,500 untuk tidak pakai pelitup muka.
e) Kalau semua 17 orang kena kompaun, takkan Menteri tak boleh tolong?
Paling penting… kalau tak salah nak takut apa?
#PDRM
#PolisDirajaMalaysia
#KKM
#KerajaanGagal
Tolong siasat sat nak tengok jadi macam artis yang melangkawi tu ka nak jadi mcm orang biasa…
Sumber :
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/tular-gambar-menteri-undang-undang-bergambar-rapat-tak-pakai-mask/