Panas !!! Menteri enggan jawab sudah dapat perkenan Agong bila ditanya Anwar

Walaupun di asak berkali-kali oleh pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada keputusan kerajaan menarik balik semua ordinan darurat pada 21 Julai lalu.

Sebaliknya Takiyuddin berkata beliau akan hanya mengupas isu itu pada Isnin depan.

Penjelasan Takiyuddin itu menimbulkan rasa tidak buat hati pihak pembangkang termasuk Gobind Singh (PH-Puchong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim supaya ia dijelaskan hari ini.

menteri

Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab beliau pada Isnin.

Anwar mendesak Takiyuddin tidak perlu membuat penjelasan secara terperinci hari ini sebaliknya hanya perlu mengesahkan sama ada keputusan kerajaan pada 21 Julai untuk tidak meneruskan darurat dan ordinan telah diperkenan Agong dan diwartakan atau belum.

“Semalam menteri kata batal. Kalau belum (diperkenan Agong dan diwartakan) cakap belum. Jangan nak dolak dalik,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Anwar berkata jika keabsahan penarikan balik ordinan darurat itu tidak dijawab segera, ia akan menyumbang kepada rakyat hilang kepercayaan sama sekali terhadap kepimpinan negara.

Bagaimanapun, Takiyuddin enggan memberi jawapan langsung yang dituntut Anwar dan Ahli Parlimen pembangkang lain, sebaliknya, berkata penerangan penuh akan diberikan Isnin.

“Saya nak menarik perhatian YB dan Dewan Rakyat bahawa semalam Speaker telah membuat satu ketetapan. Dia sebut menteri undang-undang beri penjelasan pada Isnin.

“Saya meminta, dengan rendah diri, untuk berlaku adil dengan keputusan dibuat Speaker untuk diberi peluang untuk menjelaskan semua perlaksaaan (ordinan darurat) Isnin ini. Ketetapan dibuat Speaker,” kata Takiyuddin pada hari kedua mesyuarat khas Dewan Rakyat.

Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) turut tidak berpuas hati dan meminta Takiyuddin menjelaskan perkara itu hari ini sambil mendakwa hasil semakan beliau pelaksanaan ordinan termasuk kompaun dikenakan dan digunakan pihak pendakwa raya kepada pelanggar SOP masih mengguna pakai di bawah Ordinan Darurat selepas 21 Julai.

“Penasihat undang-undang negeri (Pulau Pinang) saya semak masih guna dan mereka masih belum maklum tentang penarikan balik ordinan darurat,” dakwa Rayer

Sementara itu, Timbalan Speaker, Azalina Othman Said memaklumkan beliau tidak boleh mengubah keputusan dibuat speaker melainkan wakil pembangkang perlu memohon untuk isu terbabit dijelaskan lebih awal berbanding Isnin.

Beliau juga turut menegur keengganan wakil pembangkang untuk beliau membuat penjelasan dan keterapan dengan membuat kecoh di Dewan Rakyat.

“Bagi saya peluang untuk buat kerja saya, bagi saya bercakap pula, kalau YB (pembangkang) nak bercakap tak ada guna saya jadi timbalan speaker. Speaker susah buat ‘ruling’, penerangan dibuat Isnin ini, kalau YB ( pembangkang) tak puas hati, boleh pergi jumpa Speaker bincang, atau nanti jam 11 Speaker masuk boleh tanya,” katanya.

Semalam Takiyuddin memaklumkan, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

“Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” kata Takiyuddin pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, semalam.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/27/penerangan-terperinci-semua-isu-berkaitan-darurat-pada-isnin-kata-takuyuddin/

BACA JUGA : Parlimen hiruk pikuk kerana mahu bongkar ‘penipuan’ PN