Panas !!! Menteri bagi jawapan salah, ahli parlimen Pas jawab tohmahan tak buat homework

Ahli Parlimen Kuala Krai dari Pas dalam satu status FB menjawab tohmahan orang ramai terhadapnya yang dikatakan tak buat homework bila bertanya soalan di parlimen.

Isunya bermula bila soalan ditanya beliau tentang proses pembaikpulihan jalan dari Dabong ke Jelawang dijawab oleh Menteri sebagai jalan negeri dan dibawah seliaan kerajaan negeri.

Menteri bagi jawapan salah, ahli parlimen Pas jawab tohmahan tak buat homework

 

Abdul Latif menulis dalam FB :

Pakat dok kalut puak demo bab soale ambo marin, ada kata ambo tak study dulu, pah hok kata berat-berat pun ada, tak po la, mugo demo tak dok kejo tu gak..

Ni ambo nak royat sikit, demo hok dok kata berat-berat tu la patut kena study dulu nyo.. Jale ni ambo lalu sokmo setiap kali di Dabong, tak payah dok study ggapo doh.. Jale ni JKR pun tulis atas batu tu no 66.

Dale jawape tu dia royat jale D29. Jale D29 ialah jale Jelawang ke Stong, meme jalan negeri. Ambo buke tanya hok tu, kalu hok tu ambo pun tahu kena Adun tanya dale DUN Kelate.

Jadi soale ambo tu ambo tanya jalan 66, iaitu lalue Dabong ke Jelawang seterusnya ke Jeli, tapi mungkin silap pehe alik ore jong jjawab, nyo gi jawab jale lain.

Pah tu sapo-sapo hok minat follow ambo tu, tunggu hari Isnin ni deh, ambo akan sebut dale ucape ambo di parlimen.

Terima kasih la sebab pakat cakno..!

Sumber :

BACA JUGA : Terengganu sedia untuk laksana hudud sepenuhnya, kata exco