Panas !!! Mengapa ada di Raub? Polis panggil Ronnie Liu

Panas !!! Mengapa ada di Raub? Polis panggil Ronnie Liu

Mengapa ada di Raub? Polis panggil Ronnie Liu.  Polis memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan terhadap wakil rakyat dari Selangor berkenaan.

“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

 Raub

“Kita sedang menyiasat sama ada Liu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita sudah menghubunginya untuk hadir ke Balai Polis Raub,” katanya.

Terdahulu, berlaku kekecohan di pekarangan mahkamah ketika 18 pekebun yang ditahan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, semalam dibawa untuk mendapatkan perintah reman.

Dalam satu video tular, Liu dilihat mempersoalkan tugas pegawai polis di hadapan sebuah lori polis yang membawa kesemua pekebun terbabit.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/726849/polis-panggil-ronnie-liu

Jika Anda Terlepas: Panas !!! Adun DAP ditahan Polis