Panas !!! Mat Sabu dedah rundingan Pas-Umno, sangkal dakwaan Hadi

Oleh MHDAILY

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menafikan dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya rundingan kerjasama Pas dengan Umno berlaku selepas penubuhan AMANAH.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, AMANAH ditubuhkan selepas Muktamar Pas 2015 di Kuala Selangor.

“Saya tidak kisah Pas hendak bekerjasama dengan siapa. Itu hak mereka tetapi fakta hendaklah betul.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia pada Februari 2015. Muktamar Pas pada Mei 2015.

“AMANAH ditubuhkan pada bulan Ogos dan dirasmikan pada 16 September 2015.

“Ertinya kerjasama dengan Umno dibincangkan di PUTIK (Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan), Kelantan antara tiga pemimpin utama setelah PAN (panggilan Pas kepada AMANAH) ditubuhkan adalah tidak betul,” tegas Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum disiarkan secara langsung oleh NextStep Malaysia sebentar tadi.

Baru-baru ini, Presiden Pas dalam satu temubual menyatakan rundingan berkaitan kerjasama dengan Umno melibatkannya dengan Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat berlaku di PUTIK, Kelantan setelah AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) diwujudkan.

Sehubungan itu, Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan menyeru agar golongan muda terutamanya menggunakan fakta dari sumber yang benar.

“Ketika AMANAH wujud, Tok Guru Nik Aziz telah pun meninggal dunia.

“Oleh itu, anak-anak muda sekalian mengambil fakta itu biar dari sumber yang betul.

“Sepanjang Januari hingga Mei 2015, saya masih lagi Timbalan Presiden Pas. Tidak ada perundingan yang saya ketahui antara tiga pemimpin itu secara rasmi untuk kerjasama dengan Umno,” kata Mohamad lagi. – MD

Sumber : https://perakinsights.com/2021/02/19/panas-mat-sabu-tempelak-dakwaan-hadi-rundingan-pas-umno-selepas-amanah-ditubuhkan/