Panas !!! Mahathir tak masuk senarai menghadap Agong, kata sumber

Raja-raja Bermesyuarat 16 Jun?

Saya mulakan dengan membuat dua rayuan. Pertama kepada pembahas. Mohon berhati-hati dan bersopan kerana catatan ini melibatkan Raja-raja Melayu. Kita boleh dituduh menghasut. Kedua kepada yang tidak bersetuju mohon hormati kebebasan bersuara. Kalau boleh janganlah buat aduan polis. Marilah sama-sama berbahas dengan bertamadun.

Catatan ini berasaskan beberapa sumber, termasuk akhbar The Straits Times Singapore, yang berlegar sejak semalam, mengenai sembilan Raja-raja Melayu akan bersidang 16 Jun ini.

The Straits Times yang mendakwa memetik sumber-sumber di-raja melaporkan bahawa keputusan untuk mengadakan mesyuarat itu dibuat beberapa hari lalu berikutan krisis Covid-19 yang semakin meruncing, kelembapan kempen vaksinasi dan gesaan yang semakin meluas supaya darurat ditamatkan dan Parlimen dibenarkan bersidang semula.

Mesyuarat yang akan di Istana Negara itu akan didahului oleh perbincangan sulit di antara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dengan pemimpin “parti-parti politik yang berdaftar”.

The Straits Times mendakwa diberitahu oleh satu sumber yang rapat dengan Istana bahawa ini bukan Mesyuarat Majlis Raja-raja tetapi mesyuarat tergempar Raja-raja.

Kalaulah betul maklumat bahawa hanya pemimpin parti-parti politik berdaftar sahaja akan dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong, ini bermakna Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) tidak termasuk dalam senarai.

Sumber :