Panas !!! Mahathir bengang dengan sikap MP pembangkang

Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang tidak bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 petang ini.

“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Menulis di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun, termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.

“Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.

Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552682