Panas !!! Lelaki dikompaun kerana jogging, ini penjelasan Polis…

Panas !!! Lelaki dikompaun kerana jogging, ini penjelasan Polis…

Orang ramai hanya boleh berjoging di kawasan kejiranan sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh.

Polis mengingatkan individu yang didapati berjoging di kawasan kejiranan lain boleh dikenakan denda.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak susulan insiden seorang lalaki berusia 23 tahun yang tinggal di Taman Mulia Jaya, Ampang, Selangor menyatakan dia didenda RM1,500 kerana berjoging di Taman TAR, sebuah kejiranan lain yang terletak 6.6 kilometer dari tempat tinggalnya.

Mengulas perkara itu, Mohamad Farouk berkata pihak berkuasa memang perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita memang terpaksa ambil tindakan tegas untuk mengurangkan kadar jangkitan.

“Joging secara bersendirian bukan alasan untuk tidak kena kompaun.

“Joging memang kena sendiri tapi cuma di kawasan kejiranan sendiri sahaja. Kalau duduk di Taman Mulia, tak boleh jogging di Taman TAR,” katanya kepada Malaysiakini, merujuk kes tersebut.

Katanya lagi, ada juga kes di mana penduduk melaporkan keberadaan orang luar di kawasan kejiranan mereka dan polis perlu mengambil tindakan.

Menurut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), kegiatan joging dibenarkan di kawasan kejiranan sendiri antara jam tujuh pagi hingga lapan malam.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/577932