Panas !!! Lawan keputusan Umno, Annuar dakwa lebih banyak Umno Negeri bersama PPBM

Oleh MHDAILY

Tan Sri Annuar Musa membayangkan UMNO di beberapa negeri akan membuat pendirian untuk terus bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

”Selepas UMNO Perlis, UMNO Sabah pula membuat pendirian akan terus berkerjasama dengan Bersatu.

”Tahniah Umno Perlis dan UMNO Sabah..yang lain saya percaya bakal menyusul, INSYAALLAH,” katanya menerusi Facebook.

Menurut beliau, tinjauan dengan bahagian-bahagian lain pula jelas menunjukkan banyak Bahagian UMNO lebih suka mengambil pendekatan lebih strategik untuk terus berkerjasama sesama parti Melayu.

Katanya, pendirian itu akan diputuskan setelah Parlimen dibubarkan nanti.

Jelasnya, dakwaan 147 UMNO Bahagian membuat keputusan menolak Bersatu didapati tidak tepat kerana angka yang dipetik itu hanya dari kumpulan Whatsapp ketua-ketua bahagian.

Hanya 118 Bahagian yang mengemukan usul, itu pun kerana diarah dan bukan semua telah menepati prosedur mengemukakan usul.

Dakwa beliau, ramai juga yang tidak jelas dan setelah mendapat penjelasan, ada yang berhasrat mengubah pendirian.

”Difahamkan beberapa pemimpin kanan parti akan mula turun ke bawah dan membuat penjelasan,dan akan mengambil pendirian menolak cara yang diambil pemimpin tertentu. Kerjasama antara semua Parti Melayu, malah NGO dan orang Melayu wajib diteruskan.

”Malah UMNO berwajib memimpin muafakat parti-parti orang Melayu,bukan lari darinya,” katanya yang menyifatkan sebarang keputusan tidak perlu dibuat sekarang keraana hanya akan melemahkan parti ini.

Apatah lagi, di saat UMNO, Pas dan Bersatu telah bersepakat untuk membenarkan UMNO bertanding paling banyak kerusi.

Ini bermakna UMNO perlu berkerjasama dengan parti lain di lebih banyak kerusi demi mencipta kemenangan.

Annuar berkata, menolak mana-mana parti Melayu hanya memecahkan undi Melayu dan merugikan UMNO sendiri.

”Menolak kerjasama dengan parti Melayu hanya menyebabkan undi untuk UMNO akan susut dan UMNO lah yang rugi,” ujar beeliau.

Tambah beliau, strategi ke arah pilihan raya hendaklah pragmatik dan hanya membuat ketetapan bila tiba masanya, bukan sekarang.

”Untuk memastikan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan, kita semua wajib bermuafakat, bukan berpecah,” katanya yang mendakwa hampir semua Bahagian UMNO dan komponen Barisan Nasional tetap menolak kerjasama dengan Parti Keadilan Rakayat dan DAP.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/03/06/lebih-banyak-umno-negeri-bahagian-mahu-bekerjasama-dengan-bersatu-annuar/