Panas !!! Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa berhubung isu pemberian tanah

Oleh MHDAILY

Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa telah membantu pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu telah mengeluarkan sepucuk surat sokongan terhadap syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara-mara dan jiran kepada Annuar.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa berhubung isu pemberian tanah

โ€œSaya percaya Annuar menyalahguna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,โ€ katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak โ€œmempunyai modal yang baikโ€ untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

โ€œSyarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,โ€ katanya.

Bagaimanapun, Hayatul berkata Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini, yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

โ€œSaya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.โ€

Beliau menggesa Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/27/ahli-amanah-buat-laporan-sprm-terhadap-bekas-menteri-wilayah-persekutuan/?

BACA JUGA :ย Warga emas terjatuh dari tingkat 29, tersangkut di tingkat 16