Panas !!! Lagi MP Umno tampil nafi senarai Ismail Sabri

Umno

Lagi MP Umno tampil nafi senarai Ismail Sabri. Nizar Zakaria dari Umno menafikan menyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) selepas namanya muncul dalam senarai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong pentadbiran itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang media dan menyerahkan senarai 31 Ahli Parlimen gabungan itu yang masih menyokong PN, selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan menarik balik sokongannya.

Antaranya termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Adham Baba dan Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican.

Umno

“Saya patuh kpd (kepada) keputusan Parti. Parti melalui MKT telah membuat keputusan serta ketetapan. Sebagai ahli Parti saya ikut keputusan Parti,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pada Selasa, Presiden Umno Zahid Hamidi mengumumkan keputusan MKT itu, dengan berkata sejumlah Ahli Parlimen Umno telah menyerahkan akuan berkanun kepada Agong bagi menarik balik sokongan terhadap kerajaan secara rasmi.

Sejak itu, dua menteri Umno, Noraini Ahmad dan Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/07/nizar-zakaria-nafi-sokong-kerajaan-pimpinan-perikatan-nasional/

BACA: Undi keabsahan PM perlu dibuat segera, kata pengamal undang-undang

Artikel ini disiarkan pada 07/08/2021