Panas !!! Ku Li mulakan langkah hidupkan kembali ‘Umno lama’

VETERAN Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dijangka bertemu beberapa pemimpin veteran termasuk bekas menteri bagi membincangkan mengenai usaha menghidupkan kembali ‘Umno lama’ yang diharamkan ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiapost difahamkan, pertemuan tersebut bakal diadakan di kediaman Ahli Parlimen Gua Musang terbabit di ibu negara, petang esok.

Difahamkan, ia adalah gerakan awal diusahakan Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li bagi menghidupkan semula ‘Umno lama’ selepas beliau menyatakan hasrat demikian, baru-baru ini.

Ku Li mulakan langkah hidupkan kembali 'Umno lama'

Pada 4 Februari 1988, Umno diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengharaman itu berpunca tindakan sekumpulan ahli Umno dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh mengheret parti itu ke mahkamah.

Ia bertujuan mencabar keputusan pemilihan parti yang berlangsung pada 24 April 1987.

Daripada perbicaraan itu, isu cawangan hantu iaitu cawangan tidak berdaftar telah dibangkitkan, menyebabkan keseluruhan Umno diharamkan.

Pada 21 September lalu, Tengku Razaleigh menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula ‘Umno lama’ dan mengalu-alukan jika ada orang yang berminat menyertainya.

Veteran Umno itu berkata, terdapat rakan-rakannya mahu ‘Umno lama’ yang telah diharamkan dihidupkan kembali.

Pada masa sama beliau berkata, ‘Umno lama’ yang diharamkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) “tidak pernah diharamkan” kerana ROS tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/10/07/ku-li-mulakan-langkah-hidupkan-umno-lama/

BACA JUGA : [Video] Luluh hati isteri dapat tahu suami habiskan duit bagi ‘diamond’ kat awek Bigo

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Ku Li mulakan langkah hidupkan kembali ‘Umno lama’ […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Ku Li mulakan langkah hidupkan kembali ‘Umno lama’ […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Ku Li mulakan langkah hidupkan kembali ‘Umno lama’ […]