Panas !!! Ku Li merajuk kerana tak dapat jadi PM?

Oleh MHDAILY

PENGUMUMAN peletakkan jawatan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO mungkin kerana merajuk apabila janji-janji yang ditaburkan tidak ditunaikan oleh UMNO.

Namum maklum, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li dijanjikan jawatan Perdana Menteri, namun akhirnya β€˜dinodai’ begitu sahaja.

Kita juga tahu, beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Ku Li merajuk kerana tak dapat jadi PM?

Perkara sama didedahkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selain turut menyatakan jawatan yang dipegang Ku Li hanya sebagai window dressing kerana parti itu tidak pernah mengguna pakai nasihat beliau.

Malah difahamkan beliau tidak lagi bersama parti dan meminta tempat duduknya di Dewan Rakyat dialihkan berhampiran blok pembangkang.

Dalam surat bertarikh 20 September lalu yang dialamatkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau menyatakan kekecewaan terhadap jemaah menteri pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Jadi, tindakan Ku Li itu jelas menunjukkan kekecewaan terhadap UMNO yang selama ini memandang kewujudannya hanya sebelah mata sedangkan beliau seorang berpengalaman dalam politik serta mempunyai jumlah pengikut tersendiri.

Lebih jelas kekecewaannya apabila beliau membidas pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kedudukan untuk memperkayakan diri ketika menyampaikan perbahasan di Dewan Rakyat, sehari sebelum mengumumkan peletakkan jawatan.

Tindakan Ku Li ada asasnya kerana beliau rasa tidak dihargai dan tidak mahu menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang masih lagi menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri.

Mungkin ini satu lagi pengajaran yang UMNO boleh lihat. Sepatutnya UMNO perlu memandang berat tindakan Ku Li ini kerana ia akan memberi implikasi kepada parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti memandangkan beliau seorang yang berpengaruh.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2021/10/ku-li-merajuk-tidak-jadi-pm/

BACA JUGA :Β Luluskan RM38.5 juta baik pulih Seri Perdana, akhirnya Muhyiddin buka mulut