Panas !!! Ku Li dalam proses rundingan kembali sokong Muhyiddin, kata Timb Menteri

Ku Li dalam proses rundingan kembali sokong Muhyiddin, kata Timbalan Menteri.

Seramai 40 anggota parlimen BN menandatangani akuan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Sementara dua lagi, termasuk anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, masih dalam proses rundingan, menurut Zahidi.

Ku Li tests positive for Covid-19 | The Star

Dalam senarai itu juga, dakwanya, terdapat tiga anggota parlimen PKR.

“Bukan kita berkurang, (tapi) bertambah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam sidang parlimen khas baru-baru ini, Razaleigh memohon untuk berpindah tempat duduk ke blog bukan penyokong kerajaan atas alasan tidak menyokong “kerajaan gagal”.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Julai berkata kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 daripada 222 anggota parlimen.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, dalam perarakan 107 anggota parlimen semalam, bagaimanapun mendakwa Muhyiddin hilang majoriti di parlimen.

“Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.

“Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585680

BACA JUGA : Pesakit muda tewas dengan Covid-19 undang tangisan kecewa para doktor

Artikel ini disiarkan pada 03/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)