Apa Cerita Caprice vs Ebit Lew?
Sebelum 21hb, dah ada beberapa benda yang Caprice nak dedahkan berkenaan isu dia dengan Ebit Lew (EL).
Ada 2 delegasi dari Malaysia yang berniat nak masuk Gaza. 1 kumpulan NGO EL (team EL), satu lagi kumpulan NGO Azeez Rahim yang Caprice tumpang (team Caprice). Tapi nak dapat masuk Gaza tu, dua² team ni ‘sangkut’ di Mesir berminggu-minggu atas segala macam sebab. Dua² team minta bantuan Wisma Putra (Hishamuddin Hussein atau H2O).
Akhirnya yang dapat masuk Gaza cuma team EL, sementara team Caprice pulak katanya telah ‘disekat’ di sempadan Rafah selepas 2 kali percubaan. Mereka disuruh tinggalkan barang² bantuan dia pintu sempadan dan berpatah balik. Kenapa disekat? Caprice kata team EL jadi punca dan campur tangan ‘pihak tertentu’ yang bukan kerajaan Palestin atau kerajaan Mesir (mungkin dia nak kata pihak tertentu dari Malaysia).
Hal apa yang team EL buat sampai team Caprice tak boleh masuk? Percubaan pertama gagal katanya sebab team EL pegi sebarkan gambar dia bagi permainan kepada kanak-kanak. Sedangkan dari segi etika, tak boleh buat gitu. Jadi beberapa pihak di Gaza marah bila gambar tu disebarkan di media sosial. Jadi bila team Caprice nak masuk, tak boleh sebab orang Gaza kata delegasi dari Malaysia ni gunakan isu Palestin utk bukak tabung cari keuntungan dan ‘political stunt’ semata-mata.
Percubaan kedua pulak gagal sebab team EL ada release video yang memaparkan imej kenderaan tentera. Sedangkan sebelum EL balik Malaysia dia ada tunjuk video yg ada kenderaan tentera tu pada Caprice. Jadi Caprice mintak EL janji jangan release video tu, nanti jadi isu. EL setju, tapi penyudahkan video tu keluar jugak kat media sosial dan jadi punca menyebabkan lagi sekali team Caprice kena ‘halau’ balik bila tiba di sempadan Rafah.
Caprice dedahkan ‘Anugerah Duta Ummah Muhibbah Palestin’ yang EL dapat tu stunt semata-mata. Sebabnya sesiapa yang nak masuk ke Gaza perlu bayar sejumlah $2000 per kepala kepada sebuah ‘agensi’. Jadi setiap orang yang bayar dapat sijil yang sama. PA dapat, jurukamera dapat, tukang angkat beg dapat. Team caprice belum masuk Gaza pun dah dapat. Semasa di hotel di Mesir sebelum balik Malaysia, EL sendiri mengaku pada Caprice yang sijil tu sebenarnya takde nilai pun, sebab semua orang dapat. Tapi tak tau kenapa dia sebarkan pada media seolah-olah macam dia sorang yang dapat.
Caprice bangkitkan 1 persoalan, kalau ada menteri atau selebriti yang sedang dalam tempoh kuarantin selepas balik dari luar negara dibenarkan ziarah jenazah keluarganya, mesti orang ramai kecam. Tapi kenapa ada keistimewaan pada EL? Sedangkan dah berapa ramai rakyat Malaysia yg tak dapat tatap wajah ahli keluarga mereka buat kali terakhir.
Ok point seterusnya ni makin panas, Caprice dakwa sekarang ni pihak tertentu nak tunggang imej EL untuk pulihkan imej kerajaan yang begitu teruk di mata rakyat Malaysia. Dari skala 1 hingga 10, sekarang ni rakyat mungkin bagi ‘markah’ 1 atau 2 sahaja. Dengan imej kerajaan yang dah begitu rabak sekarang, gunakan EL yang berperwatakan lembut dan disayangi rakyat Malaysia tu, skala mungkin akan meningkat sekurang-kurangnya kepada 5. Caprice ambik contoh macam mana KKM yg sedang jadi sasaran kemarahan pun ‘tunggang’ imej EL baru-baru ni.
Caprice rasa dia sekali dgn Azeez dah kena game dengan H2O. Walaupun H2O dan Azeez ni dari parti yang sama, tapi depa dari blok yang berbeza. Jadi untuk naikkan semula imej kerajaan sekarang, hanya team EL je yang diberi peluang masuk ke Gaza atas bantuan H2O.
Caprice pasang niat nak ke Gaza atas niat murni. Tapi bila sampai Mesir, satu demi satu ‘penipuan’ dia dapat tengok depan mata. Macam mana politik jijik telah digunakan untuk mencemar kesucian Palestin. Tapi aku pulak nampak Caprice ni macam tengah ‘mental’ sebab dok ulang² yang dia adalah pejuang yang sedang ‘berjihad’ nak menyatukan umat Islam di seluruh dunia.
Caprice kata dia sekarang rasa tak selamat dengan apa yang dia dah dedahkan setakat ni dan apa yang dia akan dedahkan pada 21hb nanti. Sebabkan di belakang EL adalah orang² penting kerajaan dan golongan istana. Jadi dia kata mungkin tak akan balik Malaysia selagi kerajaan tak bertukar.
Ok point terakhir bukan daripada pendedahan Caprice, tapi 1001 persoalan yang sedang bermain di fikiran aku sebab terlalu banyak orang yang ‘berspekulasi’ tentang EL. Dari mana sebenarnya sumber ‘kekayaan’ NGO dia? Kalau nak harapkan restoran dan kedai runcit dia tu agak mustahil untuk mencapai tahap tu. Adakah NGO EL ‘dimanfaatkan’ oleh pihak-pihak tertentu?
Kemudian ada beberapa spekulasi lain yang aku rasa lebih sensitif melibatkan pengurusan perniagaan dia seperti pembayaran gaji pekerja dan aset peribadi. Jadj untuk menjawab semua persoalan ni, dah ada pihak yang mendesak EL untuk isytihar harta dan bentangkan laporan kewangan NGO dia. Aku rasa itu pun yang sepatutnya jika melibatkan dana awam.
Kita dah ada seorang agamawan yang dianggap ‘wira’ rakyat Malaysia. Kita berharap nak isu-isu dan spekulasi ni semua tak benar. Jika sebaliknya, ada penjelasan perlu dibuat oleh EL bagi membersihkan namanya.
Sumber :
BACA JUGA : 45 NGO desak moratorium automatik bebas unsur riba