Panas !!! Krisis politik Melaka dijangka merebak ke Perak, akhirnya MB buka mulut

Krisis

Krisis politik Melaka dijangka merebak ke Perak, akhirnya MB buka mulut.Pergolakan politik dalaman sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka tumbang tidak akan berlaku di Perak.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, Kerajaan Negeri Perak yang diterajui UMNO dalam keadaan stabil.

Katanya, malah ketika ini kerajaan negeri sedang membuat persiapan bagi pembentangan Bajet negeri tahun depan dengan melibatkan penyertaan wakil rakyat pembangkang yang memberi pendapat dan pandangan mereka.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku dan punca ia berlaku (pergolakan politik di Melaka). Semalam saya tengok berita mengatakan ada empat ADUN yang telah menarik sokongan daripada kerajaan sedia ada.

“Maka, kalau ikut perkiraan, memanglah kerajaan itu telahpun jatuh namun terpulang kepada Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membuat keputusan.

“Saya tidak boleh komen ‘siapa singa, siapa harimau’ (dalam pergolakan politik di Melaka). Saya tidak pasti.

Krisis

“Cuma, apabila ada orang hendak buat keputusan, dia akan cari pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan dia. Apa yang berlaku di Melaka tidak akan berlaku di sini, Perak stabil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja di Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.

Sebelum ini, Perak menyaksikan beberapa pertukaran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kini kerajaan negeri yang diterajui UMNO di bawah pimpinan Saarani.

Sepanjang tempoh tersebut juga menyaksikan pertukaran menteri besar, iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Saarani.

Sementara itu, mengenai Bajet tahun 2022, Saarani berkata, ia dijadual dibentangkan pada hujung tahun ini.

Katanya, sehubungan itu, minggu lepas, kerajaan negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan semua 59 ADUN termasuk pembangkang dan masing-masing telah memberi pendapat dan pandangan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan pembangkang yang telah memberi pandangan, kita mengambil kira semua pandangan.

“Mungkin kita tidak dapat memenuhi kehendak semua orang sebab tekanan kewangan dan sumber yang tidak mencukupi tetapi kita sedaya upaya akan cuba berlaku adil kepada semua pihak,” katanya.

Menurutnya, Bajet 2022 memberi fokus untuk membangunkan kembali negeri dan memulihkan ekonomi negeri selain memberi perhatian kepada kebajikan rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/kemelut-politik-melaka-tidak-berjangkit-ke-perak/

BACA: Krisis politik di Melaka, akhirnya Ketua Menteri luah perasaan terbuku

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Krisis politik Melaka dijangka merebak ke Perak, akhirnya MB buka mulut […]