Panas !!! KKM dedah kes bunuh diri naik 143%

Oleh MHDAILY

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Julai lalu iaitu peningkatan 143 peratus atau 1.4 kali lebih tinggi berbanding 262 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu juga lebih tinggi berbanding 631 kes bunuh diri di negara ini sepanjang tahun lepas dan 609 kes pada tahun sebelumnya.

Berikutan situasi itu, Noor Hisham berkata, peranan masyarakat secara bersama perlu bagi mengenal pasti simptom awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang-orang yang disayangi selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Baca Artikel Penuh